Tuesday, April 3, 2012

PERANAN PENGANGKUTAN

  1. Mengelakkan keadaan berlebihan dan berkurangan                            Menghantar barang dari tempat yang mempunyai lebihan ke tempat yang mengalami kekurangan. Hal ini menyebabkan penawaran dan permintaan barangan dapat diselaraskan dan harganya dapat distabilkan.
  2. Mengurangkan kos penyimpanan stok                                                       Dengan adanya sistem pengangkutan yang cekap, peniaga tidak perlu lagi menyimpan stok yang banyak digudangnya.
  3. Memperluaskan pasaran                                                                          Barangan dapat diangkut ke merata-rata tempat untuk dijual dan tidak perlu bergantung kepada pasaran tempatan semata-mata.
  4. Menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran                                 Pengangkutan membantu meluaskan pasaran dan pengagihan secara besar-besaran. Hal ini mengurangkan kos pengeluaran yang rendah menjadikan harga barang-barang lebih murah dan mendatangkan keuntungan kepada pengguna.
  5. Menggelakkan pembaziran                                                                         Membolehkan barang-barang seperti, sayur, ikan dan bunga dipasarkan dengan segera bagi mengelakkan barang menjadi buruk dan busuk.
  6. Membantu menyebarkan sains dan teknologi serta pengaliran modal                                                                                                          Penemuan sains dan teknologi terkini dapat disebarkan ke merata tempat dengan adanya pengangkutan. Keadaan ini secara langsung dapat meningkatkan taraf teknologi dan pengeluaran sesebuah negara.
  7. Membantu pertumbuhan ekonomi, dengan mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan pengangguran                                                Rangkaian pengangkutan yang lengkap dapat menggalakkan pertumbuhan kilang, lombong dan ladang kerana terdapat kemudahan pengangkutan yang baik maka lahirlah banyak peluang pekerjaan.
  8. Memudahkan mobiliti tenaga buruh                                                            Buruh boleh dibawa dari tempat yang mempunyai lebihan ke tempat yang kurang permintaannya.
  9. Mempelbagaikan pilihan                                                                              Pilihan pengguna dapat dipelbagaikan kerana terdapat pelbagai jenis barang yang dapat dibawa dari negara lain.
  10. Pengaliran modal dan industri pelancongan                                             Kemajuan dalam bidang pengangkutan sesuatu negara akan menyebabkan ramai pelabur berminat untuk melabur di negara tersebut. Di samping itu juga, industri pelancongan dapat berkembang dengan baik apabila sesebuah negara dapat dihubungkan dengan negara lain dengan sistem pengangkutan yang baik.                                         

No comments:

Post a Comment