Tuesday, April 3, 2012

SALURAN PAIP

1. Satu cara baru untuk menghantar bahan penting dari satu tempat ke tempat yang lain melalui sistem perpaipan.
2. Bahan-bahan yang disalurkan termasuklah air, bahan cair, cecair, gas dan bijirin. Contohnya, menyalurkan petroleum dari telaga minyak ke pelabuhan seperti Iraq dan Mesir.
3. Saluran paip dikatakan selamat daripada kebakaran serta dapat dilakukan secara berterusan.

PENGANGKUTAN UDARA

1. Pengangkutan udara merupakan jenis pengangkutan yang terpantas dan termahal.
2. Amat sesuai untuk mengangkut penumpang dan barang-barang ringan seperti mel, bungkusan, dan kargo tertentu.
3. Sebahagian besar pengangkutan udara di Malaysia dikendalikan oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dengan dibantu oleh beberapa penerbangan berskala kecil seperti Air Asia Sdn. Bhd dan sebagainya.
3. Selain kapal terbang, helikopter merupakan pengangkutan udara juga yang digunakan dikawasan terpencil kerana ia tidak memerlukan lapangan terbang dan landasan khas.

PENGANGKUTAN LAUT

1. Memainkan peranan yang penting dalam arena perniagaan antarabangsa kerana sebahagian besar perniagaan antarabangsa dikendalikan menerusi pengangkutan laut.
2. Secara amnya ianya boleh dibahagikan pada tiga jenis iaitu sungai, terusan dan laut.
3. Pengangkutan laut sangat penting di Malaysia memandangkan negara ini dikelilingi oleh laut.
4. Terdapat beberapa jenis pengangkutan laut yang penting iaitu: kapal kargo, kapal kerentan, kapal pesisir pantai dan kapal penumpang.

PENGANGKUTAN REL

1. Dimiliki dan dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di bawah pengawasan Kementerian Pengangkutan.
2. Menyediakan perkhidmatan seperti yang berikut:
  • Perkhidmatan penumpang antara bandar
  • Perkhidmatan komputer
  • Perkhidmatan kargo
3. Rel Transit Ringan (LRT) yang beroperasi di Kuala Lumpur untuk mengatasi kesesakan.
4. Dua syarikat yag terlibat menyediakan perkhidmatan LRT adalah Sistem Transit Aliran Ringan Sdn. Bhd. (STAR) dan Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn. Bhd. (PUTRA).

PENGANGKUTAN DARAT

1. Pengangkutan yang paling banyak digunakan di Malaysia.
2. Terbahagi kepada pengangkutan jalan raya dan pengangkutan rel.

PENGANGKUTAN JALAN RAYA
1. Jenis pengangkutan ini adalah yang paling popular.
2. Pelbagai jenis kenderaan yang boleh digunakan di atas jalan raya seperti :
  • Kenderaan binatang - kerbau, kuda, lembu dan lain-lain.
  • Kenderaan tak berenjin - beca, basikal, kereta tarik dan lain-lain.
  • Kenderaan berenjin - treler, lori, van, motokar, motosikal, bas, skuter dan lain-lain.
3. Pembinaan jalan raya dan infrastruktur asas diberikan keutamaan di Malaysia untuk mencapai taraf negara maju.
4. Pembukaan lebuh raya yang moden dan lurus membolehkan jarak dan masa dapat dikurangkan.
5. Pembinaan jalan raya dapat menghubungkan antara bandar-bandar besar dengan bandar kecil. Hal ini akan mengembangkan lagi pasaran sesuatu barang.
6. Pembinaan lebuh raya akan menyebabkan pengguna dikenakan tol untuk menanggung kos penyelenggaraan lebuh raya.
7. Barangan atau penumpang akan tiba ke destinasi dengan cepat.






JENIS-JENIS PENGANGKUTAN

1. DARAT                             
  • Jalan raya                     
  • Rel
2. LAUT
  • Kapal kargo
  • Kapal kerentan
  • Kapal pesisir pantai
  • Kapal penumpang
3. SALURAN PAIP

4. UDARA
  • Helikopter
  • Kapal terbang

PERANAN PENGANGKUTAN

  1. Mengelakkan keadaan berlebihan dan berkurangan                            Menghantar barang dari tempat yang mempunyai lebihan ke tempat yang mengalami kekurangan. Hal ini menyebabkan penawaran dan permintaan barangan dapat diselaraskan dan harganya dapat distabilkan.
  2. Mengurangkan kos penyimpanan stok                                                       Dengan adanya sistem pengangkutan yang cekap, peniaga tidak perlu lagi menyimpan stok yang banyak digudangnya.
  3. Memperluaskan pasaran                                                                          Barangan dapat diangkut ke merata-rata tempat untuk dijual dan tidak perlu bergantung kepada pasaran tempatan semata-mata.
  4. Menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran                                 Pengangkutan membantu meluaskan pasaran dan pengagihan secara besar-besaran. Hal ini mengurangkan kos pengeluaran yang rendah menjadikan harga barang-barang lebih murah dan mendatangkan keuntungan kepada pengguna.
  5. Menggelakkan pembaziran                                                                         Membolehkan barang-barang seperti, sayur, ikan dan bunga dipasarkan dengan segera bagi mengelakkan barang menjadi buruk dan busuk.
  6. Membantu menyebarkan sains dan teknologi serta pengaliran modal                                                                                                          Penemuan sains dan teknologi terkini dapat disebarkan ke merata tempat dengan adanya pengangkutan. Keadaan ini secara langsung dapat meningkatkan taraf teknologi dan pengeluaran sesebuah negara.
  7. Membantu pertumbuhan ekonomi, dengan mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan pengangguran                                                Rangkaian pengangkutan yang lengkap dapat menggalakkan pertumbuhan kilang, lombong dan ladang kerana terdapat kemudahan pengangkutan yang baik maka lahirlah banyak peluang pekerjaan.
  8. Memudahkan mobiliti tenaga buruh                                                            Buruh boleh dibawa dari tempat yang mempunyai lebihan ke tempat yang kurang permintaannya.
  9. Mempelbagaikan pilihan                                                                              Pilihan pengguna dapat dipelbagaikan kerana terdapat pelbagai jenis barang yang dapat dibawa dari negara lain.
  10. Pengaliran modal dan industri pelancongan                                             Kemajuan dalam bidang pengangkutan sesuatu negara akan menyebabkan ramai pelabur berminat untuk melabur di negara tersebut. Di samping itu juga, industri pelancongan dapat berkembang dengan baik apabila sesebuah negara dapat dihubungkan dengan negara lain dengan sistem pengangkutan yang baik.                                         

MAKSUD PENGANGKUTAN

Ditakrifkan sebagai pemindahan barang-barang atau manusia dari satu tempat ke tempat yang lain dengan pelbagai jenis pengangkutan baik darat, air, saluran paip mahupun udara. Pengangkutan penting dalam melicinkan jentera perniagaan.